Monday, July 12, 2010

Sepak Takraw

Sepak Takraw adalah sebuah permainan yang tradisional bagi budaya melayu. Ia juga merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Permainan ini mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Sepak Takraw pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak Takraw banyak dimainkan dan juga ditonton di seluruh dunia.

Monday, June 28, 2010

Lagu MELAYU . (M Nasir - Mentera Semerah Padi







Lagu ni membawa erti yang mendalam , ianya mempunyai maksud yang tersendiri . Jiwa dan semangat seorang pahlawan tak pernah gentar dalam mengharugi kehidupan . Selalu akan memberanikan dirinya apabila hendak menyerang musuhnya. Bumi ini milik Tuhan . Setiap gerak itu juga datang dari-NYA. “Alang-alang menyeluk pekasam , Biar sampai ke pangkal lengan ” .

Sunday, June 27, 2010

Pakaian MELAYU .

Pakaian budaya melayu kini sering diingati dengan pakaian baju kurung , baju kebaya dan macam-macam lagi. Terdapat banyak kaum juga yang memakai pakaian serupa buat imej peralatan mereka.Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain.Walaupun wanita sekarang terkenal dengan baju kurung tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisannya.Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.